Tarikh: 13 Febuari 2014
Masa: 7:30 pagi
Tempat: Tapak perhimpunan
Apa itu dadah?
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, emosi, mental dan tingkahlaku
pengguna apabila digunakan.
Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menggunakan dadah akan terus
bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang
penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa saja
dan dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin.
Contohnya penagih akan sanggup mengemis, melacur
diri, merompak, menyamun bahkan membunuh asalkan mereka mendapat perolehan bagi
membeli dadah. Ini membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan
maut terhadap diri sendiri dan juga orang lain.
Dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin,
morfin, syabu dan ganja. Namun hakikatnya, dadah turut merangkumi tembakau dan
rokok, arak serta ubat-ubatan yang diambil berlebihan.
Cikgu Nur Alia menyampaikan info mengenai "Apa itu dadah?"
Adik Mohd Danish (Tahun 2) menjawab soalan kuiz yang dikemukakan.
Pemenang kuiz Cuma 5 minit Anti Dadah. Dari kiri: Mohd Danish (Tahun 2), Syahmi (Tahun 5 Bijak) dan Khairul Nizam (Tahun 6 Bijak).
Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Bagi murid-murid yang lain, sila cuba lagi di kuiz yang akan datang. Selamat mencuba...
1 comments:
Tahniah. Teruskan usaha
Post a Comment