Theme Preview Rss

Pembinaan sudut sumber PPDa SK Batu Balai


Kenapa rokok haram?

Kenapa rokok haram? Mari kita ikuti ceramah Ustaz Azhar Idrus untuk mengetahui sebab musababnya...



VIDEO ANTI DADAH SK KULAI 2012

Tontonilah video ini sebagai panduan dan pengajaran untuk kita semua...



HOW DO YOU SAY NO TO DRUGS...?

A segment from Teens In Action Presents... 
The Truth About Drugs and Alcohol

How do you say no to drugs..here's how they say

PROGRAM CUMA 5 MINIT ANTI DADAH BAHAGIAN 1/2014

Hari ini bermulanya slot "Cuma 5 minit Anti Dadah" di SK Batu Balai. Slot ini diadakan sewaktu perhimpunan pagi setiap hari Khamis.

Tarikh: 13 Febuari 2014
Masa: 7:30 pagi
Tempat: Tapak perhimpunan


Apa itu dadah?
            Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, emosi, mental dan tingkahlaku pengguna apabila digunakan.
            Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa saja dan dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin.
Contohnya penagih akan sanggup mengemis, melacur diri, merompak, menyamun bahkan membunuh asalkan mereka mendapat perolehan bagi membeli dadah. Ini membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut terhadap diri sendiri  dan juga orang lain.
Dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, syabu dan ganja. Namun hakikatnya, dadah turut merangkumi tembakau dan rokok, arak serta ubat-ubatan yang diambil berlebihan.

Cikgu Nur Alia menyampaikan info mengenai "Apa itu dadah?"

Adik Mohd Danish (Tahun 2) menjawab soalan kuiz yang dikemukakan.

Pemenang kuiz Cuma 5 minit Anti Dadah. Dari kiri: Mohd Danish (Tahun 2), Syahmi (Tahun 5 Bijak) dan Khairul Nizam (Tahun 6 Bijak).
Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Bagi murid-murid yang lain, sila cuba lagi di kuiz yang akan datang. Selamat mencuba...